Assalamualaikum. Semoga masih dalam perlindungan rahmat dari-Nya.
Aku nak share satu pengalaman. Hmm... honestly, bagi aku .. pengalaman terlalu amat bermakna bagi aku dimana tak semua orang boleh dapat. Ia bermula dengan ajakan daripada seorang kawan, iaitu housemate aku sendiri .
At that time, dia ajak aku suruh turun halaqah..saja join dengar2 ceramah. Dulu kalau kat Kolej mara kulim tu jenuh la haii berselimut susah nak bangun pagi nak dengar ceramah fardhu ain. tiap Rabu and Jumaat full dengan pengisian ceramah. Dulu aku ni jahil ler sikit. Dengar ceramah pun bukan dengar sangat pun. Takpun sembang kencang lebih. Kalau dengar pun, mesti bawa turun kerja sekolah atau dok "scroll" phone screen buka FB, Insta ,Twitter and macam2 lah boleh buat. Memang susah nak bagi full komitmen.
Padahal , ceramah ilmu kot. Pasal Dunia akhirat kita. Bukan kena bayar pun nak kena dengar ceramah tu. Free2 je dapat ilmu. Tapi diri sendiri yang tak nak. Tulah aku yang dulu. Dari 100% input tu aku rasa dalam 35% je dapat . Huhuhu. MasyaAllah.
But at that one time ....
First sem aku masuk Unikl MESTECH. semua nya lain weh. Lain gila ! Bila saat kau masuk alam Universiti, kau takkan terikat dah dengan peraturan cam kat sekolah dulu2. kehidupan kau jadi bebas. Takkan ada orang nak melarang kau bangun sampai ke tengahari ke, tak nak makan ke tak nak mandi sehari ke lantak kau lah ~ Semua kau kena pandai atur diri sendiri. Pandai2 lah nak hidup kata orang..
To being honest, zaman sem 1 aku memang mostly penuh dengan kerja melagha memanjang aku . Masa tu aku belum dapat nikmat ditarbiah lagi. Hehe. Mostly, aku banyak habiskan masa layan RunningMan , movie , hangout and so on. Peratus study tu bila time nak exam je. Takde kesedaran langsung betul nak preparation. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin aku masih tak boleh nak adapt dengan environment duduk kat bandar Kajang ni kot. Hahahaha. Bandar lah sangat. Yelah, pengaruh luar tu nak dikatakan kuat lah jugak sebab kampus aku tu dekat je dengan ktm boleh gerak nak gi mall mana2. Asal ada duit, semua benda boleh jalan.
Dan....,
Masa awal sem 2 tulah, baru aku dapat kesedaran tentang apa yang aku dah buat. At that time, aku rasa macam jiwa aku kosong. Macam cari sesuatu. Dulu , pernah lah jugak duk sibuk nak menggatal dengan orang, nak bercinta bagai.. tapi .. lama2 aku sedar bukan benda ni yang aku nak. Aku still rasa ada tempat kosong dalam hati aku. Aku keep on searching.
Kalau turn on button wifi tu, dah lama aku buat dalam life aku. searching for the right things.
Dan..., akhirnya aku rasa aku ni macam jauh dari pencipta aku sendiri. Bila aku dah berjaya masuk U sampai ke tahap ni, aku selalu lupa kat Dia. Tak pernah nak bersyukur. Setiap ujian yang aku terima, aku selalu mengeluh. Kenapa and..kenapa... aku kena uji dengan benda2 macam tu. Pernah jugak terdetik kat hati aku nak mengeluh kat Allah. Nauzubillahiminzalik. Moga kita semua dijauhkan.
Dengan kesedaran tulah aku rasa salah satu faktor yang dorong hati akut untuk ikut join halaqah. Pada permulaannya, memang lah perasaan ikhlas tu kurang sikit. Rasa macam terpaksa. Rasa macam kesian kat murrobiyah yang share ilmu tu. Tapi, murrobiyyah aku pernah cakap, keihklasan takkan datang tanpa keterpaksaan.
Aku buat analogi lah sikit, contoh macam solat. Siapa yang suka solat kan ? Dah lah 5 kali sehari . Nak2 waktu subuh tu memang kritikal gila ibarat macam kena hantar masuk icu nak laksanakan perintah wajib Allah tu. Kalau kita tak paksa diri kita untuk solat, kita takkan solat. Betul tak? Lama2 bila kita paksa diri kita untuk solat, untuk jaga hubungan kita dengan Allah, lama2 benda tu jadi ikhlas.
SEE ??? !! Tiba2 dengan sendirinya kita amalkan dalam rutin harian kita. Same goes to Tarbiah !
Aku asa masa tu Allah nak pegang hati aku lah kot, tu yang Allah jadikan housemate aku sebagai perantaraan untuk ajak aku pi halaqah. Dekat mana kitorang buat ? Kat surau bawah hostel je pun. Group kecik je. Macam main masak2 pun ada. Pernah lah jugak ada perasaaan takut, sebab takut tersalah ikut fahaman sesat ke ape ke, ekstremis ke apa... tapi itulah, hidayah ni kita kena cari. Kena ada usaha. Biasanya kita kan selalu dengar orang kata, " Aku tunggu seru nanti baru aku berubah." Ekkkk = ='' macam tu pulak. Buatnya masa tu kita dapat seruan daripada malaikat maut macam mana ? Tak haru biru hidup kita. Masa tu memang dah terlambat lah nak bertaubat.
Aku bersyukur lah Allah bagi aku peluang untuk ikut halaqah ni. Senang cerita, korang sendiri kena join. Baru korang tahu macam mana rasa nikmat dia. Kau akan rasa keukhuwahan yang kuat antara halaqah mate kau. Hidup kau rasa tenang je. Kau tak rasa lagi resah or tercari-cari apa yang kau nak dalam hidup kau. Sebebnarnya hati kau yang nak mencari kerohanian, cuma kau menafikan. Memang tak mudah untuk terus kekal.
"Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang! "
Dalam Al-Quran dah sebut dah. :)
Ye, aku sendiri mula2 rasa takde komitmen nak join kadang2 tu. Adalah jugak perasaan malas. Nak2 time assignment datang berduyun-duyun kat kau, masa tu keikhlasan kau teruji. Kau sedang diuji waktu tu. Ingat ...
Nasib baik ada housemate yang selalu nasihatkan aku supaya terus follow halaqah ni. Alhamdulillah, sampai ke hari ni aku cuba konsisten kan kehadiran aku tiap kali halaqah. Alah, bukannnya tiap2 hari pun. Setiap hari khamis je pun . Pukul 9 mlm - 12 mlm. Kadang2 depend jugak pada aktiviti yang dibuat pada haritu. Pernah sampai 2-3 pagi.
Ehh,, Ekstremnya..sampai 2-3 pagi? mesti korang terfikir benda ni kan. Hmm. Entahlah, Bagi aku, kenapa lah enn... kita ni kalau perkara2 yang baik susah.........sangat SANGAT sangat nak buat ? Tapi, kalau suruh marathon Runningman // movie korea sampai 2-3 pagi takpe. Malah lebih dari tu.
Tak ekstrem pulak ?
Surah 47 ayat 7 :
Allah firman, Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan memperteguhkan kedudukan kamu. Allah akan mempermudahkan urusan kamu.
Ayat ni jugak lah yang menyentapkan hati aku sebenarnya. Allah bagi masa 24 jam kat kau. Tapi kenapa dalam sehari kita kurang "spend time" dengan Allah kita yang dah bagi kita nikmat masa tu? Why? Why? Why Bother ?
hmmm...
Kau tak rasa ke kau ni tak sedar diri . Sombong . Dah lah Allah tu bagi masa 24 jam kat kau, tapi satu jam or tak sampai satu jam pun kita nak luangkan masa dengan Allah. Memang tak reti malu betul kan.
Bila nak buat kerja2 dakwah je, kita mengelak. Atas alasan, "Saya ni tak perfect la kak ", " Alah...aku ni bukannya baik sangat pun. "
" Aku ni takde ilmu banyak lah pasal agama. Nantilah...tunggu bila aku dah bersedia."
Hmmm....mimpi ke bintang lah jawabnya. Hehehe.
Sebab tulah aku join halaqah, bukan sebab aku ni nak bajet2 alim. Nak berlagak baik depan orang. Pijak semut pun tak mati ! Siapa aku ni nak sombong dengan ilmu yang seciput aku ada kat dalam oak i. Tu pun entah ingat entah tak. Entah amalkan entah tak. Nak dibandingkan dengan ilmu Allah yang maha luas seluas lautan yang tiada penghujung. Cetek sangat ilmu aku ni kalau nak bahas pasal agama lebih2. Tapi, kita dah besarkan. Dah boleh fikir..maa benda baik, mana benda tak baik... Kenapakita lebih memilih untuk memakan tahi, sedangkan banyak makanan sedap dah tersedia.
Macam tu juga lah aku dalam sesi nak kena tarbiah ni. Baru aku tersedar betapa jahilnya aku ni.
Sel2 neuron yang dulunya passive,kini kembali aktif dengan memikirkan masalah umat yang makin tak masuk dek akal langsung saban kini.
Apa yang aku luahkan ni adalah berdasarkan apa yang aku rasa. Terpulang kat korang yang membaca dan menilai apa maksud tersirat yang aku nak sampaikan ni.
Kalau nak tahu, tugas terbesar kita sebenarnya kat duni ni adalah untuk berjuhad dan berdakwah di jalan Allah. InsyaAllah, tak boleh melalui cara face to face , aku gunakan blog ni sebagai medium untuk aku share pengalaman atau ilmu yang aku dapat. Aku harap korang terkesan lah dan terbuka lah minda dengan apa yang aku dah bebelkan panjang2 tadi tu ye. Hihi.
Mohon maaf diatas kekhilafan diri.